Friday, March 22, 2013

Guru

Sesungguhnya menjadi guru itu sesuatu yang indah Aq seronok jadi ustazah, kerana aku belajar untuk turut memperbetulkan bacaan ku Alhamdulillah, Allah izinkan cuma kadang kala aku risau juga jika aku tak menjalankan amanah sebagai ustazah dengan baik risau rezeki itu tak berkat je..

Wednesday, July 11, 2012

Perkongsian: saya suka sibuk ye!!

alhamdulillah, Allah beri izin untuk diri ini sibuk

Sesungguhnya, saya sangat suka diri ini disibukkan dengan perkara yang bermanfaat dari disibukkan dengan perkara sia-sia.

hari kedua bekerja sebagai .....
xkisah la apa jawatan ini tetapi, saya sangat berharap dapat menjalankan amanah dengan baik.

Motivasi: Ramadhan – Jadikan kali ini lebih berstrategi.

Bagaimanakah hendak menghadapi Ramadhan dengan lebih berstrategi?

Ramai manusia-manusia yang berusaha melakukan kebaikan, di kala musim Ramadhan ini mereka akan mengeluarkan mutaba’ah amal. Apakah maksud mutaba’ah? Berasal dari perkataan toba’a, yang bermaksud ‘ikut’. Jadi mutaba’ah amal adalah “Pemeriksaan Amal.”

Namun biasanya mutaba’ah amal hanya menyediakan senarai amalan yang hendak dilakukan. Itu pada saya belum cukup strategis. Kerana, tetap masa untuk melaksanakan semua amalan itu belum wujud di dalam pandangan minda kita.


Ya, hendak menjalani Ramadhan dengan lebih berstrategi, yang perlu dilakukan adalah sinkronasi antara amal dan masa. Bukan sekadar tahu apa amal yang hendak dibuat, tetapi juga sudah menyusun ‘bila’ amal itu hendak dilakukan.


Pertamanya, mengapa jadual penting?

“Jadual? Ingat sekolah ke?”

Mungkin ada yang berkata demikian. Merasa terkongkong dengan jadual? Merasakan jadual rigid? Ya.
Mungkin ada yang berfikiran demikian. Tetapi saya suka kita melihat dari skop yang lebih luas.

Sekiranya Bumi tidak patuh pada ‘jadual’ putarannya yang menjadikan setahun ada 365 hari itu, dan Bumi berputar mengikut sesuka hatinya, apakah yang akan terjadi kepada kehidupan manusia? Siang dan malam?

Sekiranya Planet-planet tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya, yang ini mahu lebih perlahan, yang sana mahu lebih laju, agak-agak apakah yang akan berlaku kepada tarikan magnet galaksi Bima Sakti? Pastinya kacau bilau dan akhirnya hancur..

Sekiranya binatang-binatang yang memerlukan hibernasi tidak mengikut ‘jadual’ hibernasi mereka, apa yang akan berlaku kepada kehidupan mereka?

Bagaimana agaknya sekiranya sistem kitaran air di dalam kehidupan kita ini tidak mengikut ‘jadual’nya? Air dari laut ikut suka hati hendak naik bila dia suka. Awan ikut suka hati nak bergerak menurunkan hujan bila dia suka. Apa yang akan terjadi?

Bagaimana agaknya sekiranya sistem peredaran darah dalam tubuh kita tidak bergerak mengikut ‘jadual’nya? Di bahagian ini dia suka-suka nak laju, di satu bahagian lain selamba dia nak perlahan. Bagaimana?

Ya, di sini saya yakin kita sudah nampak betapa jadual itu mengekalkan sesuatu dalam keadaan yang baik dan sempurna. Begitu juga sebenarnya manusia. Sekiranya manusia tidak hidup dengan jadual, kehidupannya akan tunggang langgang dan membawa kehancuran kepada dirinya.

Banyak benda perlu dilakukan, tetapi kerana penyusunan masa yang buruk dia tidak mampu melaksanakannya. Bukankah ini satu kerugian?

Dan sekarang kita sedang berada di dalam Ramadhan, banyak peluang dan tawaran di dalamnya, apakah kita akan membiarkan masa terbazir begitu sahaja di dalam Ramadhan ini?

Maka kita susun strategi.

Ada amal apa yang hendak dilakukan semasa Ramadhan? Mari kita senaraikan.

Contohnya amalan yang hendak dilakukan adalah berikut:

Baca Al-Quran 1 juzu’ sehari, Solat Tarawih, Solat Fardhu di Masjid, Solat Sunat Dhuha, Sedekah RM10 seminggu, ziarah sahabat, studi, riadhah, qiamullail, program iftar jama’ie bersama sahabat, iktikaf di Masjid, selawat 100X, istighfar 100X.

Katalah itu yang hendak kita lakukan. Kalau tinggalkan begini sahaja, ia akan jadi mutaba’ah amal. Dah buat kita tick. Tetapi saya ingin kita buat lebih baik lagi.

Jadi kita susun. Susun dengan masa.

Bila nak baca Al-Quran? Kita letakkan masa baca Al-Quran adalah – Setiap kali lepas Solat Fardhu, baca 4 muka surat.

Solat Tarawih – Selepas solat sunat ba’diah Isya’, dan selepas baca Al-Quran 4 muka surat.

Solat Fardhu di Masjid – Pergi masjid 10 minit setiap sebelum masuk waktu solat.

Dhuha – Setiap hari pukul 10.30 pagi, ini adalah waktu melaksanakan Solat Dhuha.

Sedekah RM10 seminggu – Hari Jumaat, semasa pergi Solat Jumaat adalah waktu melakukannya.

Ziarah Sahabat – Setiap hari Sabtu, kita peruntukkan 2 jam berziarah ke rumah sahabat. Seminggu dua sahabat.

Studi – Sepanjang waktu persekolahan atau waktu kuliah, kita tumpukan perhatian. Jadi studi di rumah hanya perlukan sedikit waktu sahaja. Kita ambil sejam sebelum tidur untuk studi ulangkaji.

Riadhah – Ahad, Selasa, Khamis adalah waktu Riadhah. Lepas Asar. Selama 30 minit.

Program Iftar Jama’ie bersama sahabat – Setiap Hari Khamis.

Iktikaf di Masjid – Setiap antara Maghrib-Isya’. Setiap malam Jumaat(tidur masjid)

Qiamullail – Isnin, Rabu, Jumaat. Pukul 3.00 pagi hingga waktu sahur.

Selawat+Istighfar 100X – 10 minit sebelum tidur.

 Begitu. Kita letak hari. Masa bila nak buat. Dan lepas tu barulah bila berjaya buat, kita tick. Ini baru namanya strategis. Kita susun masa. Jadi kita tahu bila nak buat bendanya. Dan kita dah kosongkan masa itu hanya untuk itu sahaja. Benda lain letak tepi. Fokus.

Bila buat begini, kita juga tahu berapa masa kosong lagi kita ada. Untuk kita isi dengan perkara lain pula.
Justeru bila buat begini, secara tidak langsung kita juga menjadi proaktif.

Minggu demi minggu

Bila buat begini, kita juga boleh menyusun strategi peningkatan. Jadual di atas hanyalah contoh sahaja. Kita boleh susun dengan lebih detail lagi. Contohnya strategi qiamullail. Nak solat apa dalam Qiamullail? Jadi mungkin kita akan rasa letih kalau di awal-awal itu terus hendak solat banyak. Maka kita buat strategi minggu demi minggu.

Minggu pertama Ramadhan, qiamullail kita adalah 2 solat sahaja.

Minggu kedua Ramadhan, qiamullail kita adalah 4 solat pula, ditambah bacaan Al-Quran.

Minggu ketiga Ramadhan, qimaullail kita adalah 8 solat pula, baca Al-Quran ditambah zikir.

Minggu keempat Ramadhan, qiamullail kita adalah 10 solat, baca Al-Quran, zikir dan tazkirah.

Begitu juga dengan iktikaf di Masjid. Minggu pertama dua kali sahaja iktikaf di masjid. Minggu kedua empat kali. Minggu ketiga 5 kali. Minggu keempat, 7 hari kita iktikaf di Masjid.

Dan begitulah. Meningkat dan meningkat.

Strategi.
Biar kita tidak memecut dan kemudian kelelahan lalu berhenti.

Tidak. Tetapi kita berlari steady. Tidak membazirkan tenaga. Kekal bergerak hingga ke akhirnya.

Penutup: Laksanakan Ramadhan ini sebaik mungkin.

Sama-sama kita amalkan.

Laksanakan Ramadhan dengan penuh strategi. Bukan semberono. Jangan biar ada masa yang terbazir. Terus-terusan berusaha agar setiap detik di dalam Ramadhan ini bermakna.

Sungguh, kita tidak mahu rugi pada bulan yang sepatutnya menguntungkan orang-orang mukmin.
Ayuh!

Menggapai Ramadhan dengan penuh strategi!

dicetak daripada langitilahi.com

Monday, May 7, 2012

Perkongsian: Qaedah Sulbah


Qaedah Sulbah dari segi bahasanya boleh diertikan sebagai teras, tulang belakang atau akar tunjang.

Contoh terbaik produk qaedah sulbah --> Tentera Badar
Jika dikaji pada sejarah, peperangan badar merupakan 1 kebetulan yang tidak dirancang. Pada masa itu, rombongan Islammerancang untuk menyekat perjalanan golongan kafir Quraisy dan merampas semula barang-barangan mereka yang hendak dijual oleh kafir Quraisy ke negeri Syam.

Sifat2 Qaedah Sulbah


1. Jundi  yang baik , dengar & taat serta disiplin yang tinggi
2. Memberi idea2 yang bernas, nasihat& praktik syura
3. Sabar dengar ujian
4. Seluruh hidup adalah ibadah
5. Tegas dengan golongan kuffar
6. Berkasih sayang sesama mukmin
7. khusyuk, khuduk dan muraqabatullah
8. Tasbih dan minta ampun

Ciri2 pengikut dakwah

1. wakafkan diri untuk Allah
2. Sanggup tanggung azab

Halangan2 berdakwah
1. Keluarga (9:24)
2. Ekonomi/ Kewangan
- Perlu belajar berdikari dan cari duit sendiri. Jangan selesa meminjam duit sahabat lain walaupun ukhwwah sesama akhwat apabila seorang ukht boleh mengambil duit ukhtinya yang lain tanpa memberitahu.

Kisah2 para sahabat yang menjadi qaedah sulbah terbaik

1. Usman b Affan
-merupakan golongan bangsawan
- keislamannya ketika berusia 30 tahun
-Bentuk seksaan: diikat oleh bapa saudaranya untuk meninggalkan Islam

2. Kisah Zubayr Al Awwam
-Suami keapda Asma b Abu Bakr
-Bentuk seksaan: diikat oleh bapa saudaranya untuk meninggalkan Islam

3.Kisah Saad b Abi Waqqash
- Diugut oleh ibunya (mogok lapar)

4. Abu Dzar Al Ghiffari
- ditumbuk oleh orang Quraisy kerana menyatakan keislaamannya secara terang2an
- Istimewanya adab bertamu orang Arab; tidak boleh bertanya hajat kedatangan tetamunya sehingga hari ke 3.  Saidina Ali terpaksa menahan hajatnya bertanya Abu Dzar akan kedatangannya ke Makkah sehinggalah hari ke 3.
- Sinar Islam yang telah menerangi hati Abu Dzar menyebabkan nya tidak kisah akan dibelasah oleh orang kafir Quraisy.


Pengajaran

1. Kepentingan Qaedah Sulbah
-dakwah berkembang seiring dengan pertimbangan  qaedah sulbah/ berperingkat
- Penjaga dan penyambung dakwah dalam segenap peringkat

2. Manhaj perjalanan dakwah Islam
- Permulaan pembinaan qaedah sulbah
-fasa awal dakwah perlahan kerana hendak membina qaedah sulbah
- tarbiyah yang mantap, seimbang dan mencukupi

* Tarbiyah itu adalah perubahan.








Wednesday, April 25, 2012

1 month to finished it

Alhamdulillah, tinggal lagi sebulan untuk aku habiskan latihan industri ku.
Sedar tak sedar, dah 3 bulan rupanya..aku berada di sini..

kalau nak tanya best x LI di sini..
Best yang boleh saya kongsikan adalah..

Saya dapat belajar banyak resipi baru..
Memang xminat pun nak buat kuih muih ni.

tapi insyaAllah, kuih muih tradisional yang simple tu dah pandai la buat skrg.

Moga ianya yang terbaik dan ilmu ini dapat dikongsikan pada sahabat-sahabat yang lain.

Monday, April 23, 2012

Persiapan Diri Bagi Seorang Akhwat Muslimah

Islam menghendaki setiap akhwat yang ditarbiyah tidak sekadar mampu mengajak orang lain, namun mereka tidak boleh melupakan dirinya sendiri. Allah s.w.t mencela sikap orang yang hanya pandai mengajak dan mengingatkan orang lain, sementara dirinya sendiri tak mendapatkan perhatian. Sila rujuk quran terjemahan anda!
--> Surah Al- Baqarah:44

Ayat di atas ditujukan kepada Bani Israil yang pandai menyuruh orang lain, namun enggan melakukannya sendiri, padahal mereka membaca Taurat.

Seorang akhwat yang ditarbiyah harus mempersiapkan dirinya untuk memiliki keperibadian yang setara dengan yang dituntut oleh dakwah, agar dapat menunaikannya dengan baik. Adapun proses penyiapan itu secara garis besar meliputi aspek-aspek berikut:

A. Persiapan Spirutual @ Iman

Aqidah merupakan asas kehidupan mukmin. Indikator kekuatan ruhiyah seseorang ditentukan oleh tancapan aqidah yang melekat di hatinya. Disini boleh difahami bahawa tarbiyah generasi awal Islam bermula dari penanaman aqidah dalam hati.

Rasulullah SAW menyiapkan generasi awal Islam lewat tarbiyah ruhiyah(pembinaan spiritual) yang mantap. Turunnya surah Al-Muzamil pada awal fasa Makkah, mengisyaratkan betapa utuhnya persiapan tarbiyah ruhiyah saat itu. Setelah mengukuhkan aqidah, proses pembersihan jiwa (tazkiyah an-nafs) berjalan efektif. Di sinilah rupanya rahsia tarbiyah Islam fasa Makkah, sebagaimana saratnya surah Al-Muzamil dengan nilai-nilai ruhiyah. Sila rujuk terjemahan quran anda--> Surah Muzamil:1-4 dan 8-10.

Jika kita perhatikan kehidupan generasi awal Islam, tampak ada beberapa tonggak dalam upaya mempersiapkan kekuatan ruhiyah seorang daiyah Muslimah, iaitu seperti:

1. Memiliki Kejelasan Loyalitas

Islam sebagai din yang syamil memiliki patokan karakter kepribadian penganutnya, yang tercermin dalam doktrin aqidah, syariat, maupun akhlak. Aqidah sebagai asas keyakinan telah ditancapkan sejak awal zaman kenabian ke dada para sahabat. Inilah patokan karakter yang amat asas dalam kehidupan Muslim. Rukun iman telah menyebabkan seorang Muslim berkepribadian spesifik (syaksiyah mutamayizah), berbeza sari yang lainnya.

Selain asas aqidah, para daiyah Muslimah juga mengaplikasikan hukum-hukum syariat dalam kehidupan sehari-hari. Berlandaskan keimanan, kaum muslimah mengerti halal dan haram. Mereka juga melakukan kewajiban dan meninggalkan larangan. Hukum syariat telah menyebabkan kehidupan kaum muslimah teratur, tertata dari hal-hal yang kecil dan bersifat peribadi sampai kepada hal-hal besar dan sistemis.

Loyalitas(wala') merupakan karakter asas setiap Muslim. Dengannya ia mampu membezakan orang-orang beriman dan orang-orang kafir. Allah SWT memerintahkan kaum Muslimah, agar menyerahkan loyalitasnya secara penuh kepada Allah, Rasul, dan orang-orang beriman.

Pertama kali, setiap daiyah muslimah harus memiliki iltizam terhadap syariat Allah.Seluruh tindakan dan perbuatannya tak boleh bertentangan dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Sampai ke masalah perasaan (syu'ur) dan selera (dzauq) pun mesti disesuaikan dengan kehendak Allah dan Rasulnya, sehingga tak satu pun dari aktiviti lahir mahupun batin yang keluar dari syariat Islam.

Kehidupan seharian daiyah Muslimah sentiasa mencerminkan aplikasi syariat. Rumah daiyah Muslimah adalah rumah yang di dalamnya ditegakkan ajaran syariat kerumahtanggaan. Umat tidak melihat dirinya, kecuali dalam keadaan berpegang teguh dengan aturan Allah.

Rasulullah sebagai uswatun hasanah telah meninggalkan jejak manhaj dalam dakwah. Kesemua manhaj dakwah Rasulullah itu tentu sahaja untuk diteladani oleh daiyah musliamh dalam menjalankan tugas dakwahnya. Sirah Nabi menuntun dalam memahami manhaj tersebut, bagaimana tahapan dalam berdakwah selama di Makkah dan di Madinah, bagaimana tata cara beliau dalam berdakwah, apa tema yang disampaikan kepada umatnya. Semuanya berfungsi sebagai sebuah manhaj yang semestinya diterapkan dalam medan dakwah saat ini.

Meskipun begitu, loyalitas kepada sesama mukmin  yang dimaksudkan adalah dari segi penyusunan gerak sakwah bersama mereka. Bersikap kasih sayang dan lemah lembut sesama mereka, serta menetapkan ukhuwah sebagai suatu bentuk kekuatan struktur di antara mukmin .

Ukhuwah direalisasikan hingga peringkat tolong-menolong di antara orang-orang mukmin.
 Kesan dari ketaatan pada kaum mukmin ini adalah memiliki sikap yang tegas terhadap orang kafir. Tak ada kerjasama antara orang-orang kafir dalam masalah keyakinandan prinsip dasar ad-din, meski dalam muamalah kaum mukminin tetap bisa berdampingan bersama-sama mereka dalam batas yang diperbolehkan.

Jelas kelihatan, karakter seperti ini pada generasi awal yang ditarbiyah langsung oleh Rasulullah SAW. Mereka saling mencintai dan berkasih sayang dengan yang lainnya, namun bersikap keras dan tegas terhadap kekafiran. Inilah karakter yang khas pada setiap mukmin, kerana ketaatan yang mutlak telah diserahkan kepada Allah dan RasulNya. Watak ini dilukiskan  dengan sangat indah di dalam Al-Quran---> (Al-Fath:29)


Generasi Harapan (Pemuda Kahfi)

~Di mana di cari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan badar berani
menoreh nama mulia perkasa abadi (2x)

Umat melolong di malam kelam
tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang?

~(2x)

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol bentengmu
Menjaras, menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekadar terpana

~(2x)

Bangkitkan Negeri
Lahirkan Generasi
Pemuda harapan
Tumbangkan Kedzaliman (2x)

Wajah dunia islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu

~2x